Aqiqah merupakan Sunnah Muakkadah. Wali (ibu bapa) yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Aqiqah boleh dilaksanakan apabila terpisahnya bayi dari kandungan, dengan kata lain apabila lahir sahaja dari rahim ibu, maka sunat dilakukan Aqiqah ke atasnya.
Disunatkan beraqiqah pada hari ke-7 kelahiran sepertimana sabda Nabi SAW:
“Seorang bayi itu ‘tertahan’ dengan Aqiqahnya, disembelihan untuknya pada hari ke-7 kelahiran, diberikan nama dan dicukur kepalanya”. (Riwayat Abu Dawood)
Bagi mazhab as-Syafie masa sunnah adalah sehingga umur baligh anak tersebut. Selepas baligh tanggungjawab tersebut adalah terlepas dari Ibu Bapa.